Tuesday, August 9, 2011

#2 Hacking Facebook Wall Orang Lain

Okay, tutorial kali ini akan mengajar anda semua cara cara untuk hack Facebook Wall kepunyaan orang lain. Kepunyaan sendiri pun boleh, suka hati engkau lah :D Caranya teramat amat mudah, semudah ABC. Di sini saya tunjukkan contoh gambar Facebook Wall yang telah saya hack. (Klik pada gambar untuk view yang lebih besar)




Hehehehe amacam guys? Terkejut lalu terkentut ke? Haa Facebook Jason Mraz aku hack selamba je beb. Dia dengan aku kamceng so takpe dia okay dengan aku hahahaha. Alright, so mari kita mulakan langkah langkah yang sangat mudah ini.

1. Copy sahaja tulisan di bawah ini

javascript:document.body.contentEditable ='true'; document.designMode ='on'; void 0


2. Pastekan ke URL Facebook mangsa yang dikehendaki. Harus diingatkan bahawa jika hanya copy dan paste sahaja, perkataan javascript: itu tidak akan muncul dalam URL tersebut. Tiada sumber yang memberikan sebab kenapa benda tu terjadi. So selepas anda pastekan text tadi, taip semula perkataan  javascript: tersebut. Contoh ;

selepas anda pastekan url, text akan menjadi seperti ini, 

document.body.contentEditable ='true'; document.designMode ='on'; void 0

tambahkan perkataan  javascript: dan ia akan menjadi semula seperti ini,


javascript:document.body.contentEditable ='true'; document.designMode ='on'; void 0


3. Tekan Go atau press Enter selepas tamat langkah 2. Sekarang cuba anda bawa type cursor anda ke mana mana text di page Facebook tersebut. Cuba taip or erase. AMAZING KAN? Yeahh i know ! Thanks to me yang mengajar korang semua benda alah ini :)

So thats it ! 3 simple steps untuk hack Facebook Page or Wall or whatever lah korang nak sebut. Okay? Bukan hack pun lah kan? Its just korang boleh edit page diorang then capture screen then post gambar dekat Facebook. Macam prank juga lah untuk kawan korang. Okay, any problems just tanyakan dekat aku. Sepantas yang mungkin aku akan cuba jawab soalan soalan korang. Peace !

#1 SMS Prank : Send SMS anonymously to others

Anda kebosanan? Takde life? Sunyi sepi? Well you come to the right place bro bro and sis sis yang disayangi sekalian.  This post akan ajar you guys macam mana nak send SMS via laptop/PC korang free and anonymously. Bagi yang tak faham, anonymously tu maksudnya anda takkan dikesan oleh sesiapa lah. And yang penting sekali, anda juga boleh menetapkan sendiri phone number yang akan tertera di message yang akan sampai nanti. Cool isnt it? Now lets get down to business :D

How to send SMS anonymously?


1. Register dulu dekat link ini di bawah ini. Register free je, tak payah bayar pun. Dan terus ikut langkah-langkah yang diberi.
Klik di sini untuk Register

Haa macam ini cara nak isinya

2. Anda akan mendapat 25 kredit percuma selepas mendaftar. Bermakna anda sekarang boleh menghantar 25 SMS percuma kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia. Yang penting, area code kena ada.

Contohnya kalau phone number tersebut ; 0123456789
Area code Malaysia : (+60)
Jadikannya 60123456789

3. Anda akan menerima password anda dalam beberapa minit pada telefon bimbit anda.

4. Sekarang log in menggunakan password yang telah diterima pada telefon bimbit anda.

5. Pergi ke Send SMS to Number dan isikan segala detail yang dikehendaki seperti ini


6. Selepas anda klik send, senyum lah dan berterima kasih lah kepada saya yang telah membantu anda :)

Suka? Seronok? Haa kalau ada problem, kita cerita elok elok okay. Jangan nak sial sial ke bangang tak jadi ke apa ke. Okay bro and sis. Kalau rasa ragu ragu, try dekat nombor sendiri dulu. Dont worry, tak merbahaya pun. Okay. Stay tuned. Banyak lagi 'ilmu' yang menanti anda.

Monday, August 8, 2011

Selamat datang ke blog saya

Terima kasih terima kasih kerana sudi singgah ke laman blog saya. Haa sila duduk. Saya sudah sediakan kopi dengan kuih muih untuk kita berborak panjang mengenai blog saya ini. Ya, seperti yan tertera di tajuk atas blog saya, Prank Tools, adalah sebuah blog yang akan mengajar anda semua pelbagai cara untuk men-prank-kan kawan anda, atau dalam bahasa Melayu, membuat gurauan kepada rakan anda. Tetapi dengan sekeras-keras amaran saya ingatkan di sini bahawa SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA MASALAH MASALAH YANG DIHADAPI DAN RISIKO RISIKONYA. Ini semua adalah atas risiko anda sendiri. Berani buat, berani tanggung. Saya cuma mengajar, supaya apabila saya tiada nanti, anda pula mengajar cucu cicit kita hahahaha. Bersama kita menjahanamkan dunia yang penuh dengan propanganda politik ini! (takde kena mengena zzzz)




Ohh lagi satu terlupa. Kepada yang nak copy-paste blog ni boleh lah. Silakan kepada si pemalas pemalas di luar sana. Tapi sila lah juga bagi kredit untuk aku okay. Kalau tak, bencana menanti anda. Awas! Miaowwww! ;)